Follow Us @soratemplates

Showing posts with label anxiety disorder. Show all posts
Showing posts with label anxiety disorder. Show all posts

Sunday, May 7, 2023

Living with Anxiety Disorder & Major Depressive Disorder

1:59 PM 0 Comments

Dear Blog..


It's 4.37 am now! 8th May 2023 - Monday. I am wide awake. For those who are wondering about me..hey guys, I'm still alive. 


I've updated my contact number on the sidebar. Email or text me anytime if you have any question. 


I have a lot in my mind but at this age, for me to express into a writing, I found it hard! Or maybe it's not hard but my mind now haywire. 


Living with these two medical diagnosis - it's ups and down! Ada waktunya kau akan terasa terpaling waras dan ada waktunya kau kecundang. All you have to do is keep moving. Forward! 


Aku belajar memahami tentang dua jenis diagnosis ini - ianya takkan pernah betul-betul hilang dari episod hidup aku. Aku belajar untuk terus berjuang, terus bangun, terus melangkah bersama dengannya. Kerana hidup bukan tentang aku semata.


Ingat satu perkara waktu kau sedang berjuang - Jangan pernah berharap pada yang lain selain Tuhan. 


Saat kau benar-benar mengerti dan belajar redha dengan "anugerah" dari Tuhan ini, barulah ia akan berhenti mengawal hidupmu. 




Tuesday, April 28, 2020

Anxiety Disorder - Aku kini!

9:44 PM 0 Comments
Assalamualaikum blog..

Salam Ramadhan buat semua umat Islam. Lama dah tak aku tak coret-coret kat blog ni kan. Hidup sebagai seorang ibu kepada 2 orang hero yang cukup lasak memang mencabar. Lagipun orang dah tak layan blog sekarang kan. 

Anyway..I'm still alive. Alhamdulillah. Ramadhan bertemu Ramadhan baru la aku ada kesempatan nak jenguk blog ni lagi. Tambah sekarang ni musim Covid-19, masuk ofis pon takde apa sangat nak dibuat. 

Apa cite aku punya AD sekarang? I'm much much better now! Syukur syukur kepada Allah S.W.T. Harini aku nak share sikit ngan korang yang menghidap AD ni. Kalau korang baca buku Paul David tu dia ada tulis kalau kita nak cari jalan untuk sembuh kita tak kan sembuh. Takde jalan singkat untuk kita sembuh. Kita tak kan sembuh dalam masa sehari, sebulan, setahun. Don't put time frame for this. You will be free from Anxiety when you stop trying to get better. 

Last post aku tahun lepas aku cakap aku dah almost 50% sembuh kan. Nak tahu tak lepas tu aku ade join group community Anxiety kat FB. After certain month aku dengan confidentnya post dalam tu kata aku dah 98% sembuh. Confident! Then I'm having a setback. Hahaha. Gelakkan diri sendiri. Masa tu aku baca buku Paul David tu tak habis pon lagi. Lesson learnt : Don't claim you free from AD instantly! Pada aku la once kita dah ada Anxiety ni, anytime kite boleh kena attack balik. It just that how we overcome that situation.

This year..aku ade jumpa Neuropsychiatrist. Saje la since dia bukak sessional clinic kat hospital aku keje ni. I just want to double confirm about this. Sebab sebelum ni aku tak penah pon dapatkan diagnosis dari Psychiatrist. Yang diagnose aku sebelum ni Medical Officer & Cardiologist je. And yes! Aku memang menghidap Anxiety Disorder. Aku dah pegi 3 kali sesi dengan dia. Semua yang doktor tu cakap, cara nak sembuh, cara nak handle, actually semua aku dah tahu. I've studied a lot about AD. Doktor cakap combination ubat & segala teknik tu adalah lebih bagus instead of kita control sendiri tanpa ubat. Dan aku pilih untuk tidak makan ubat.

So far sebenarnya aku boleh je control sendiri. Kita kenal badan kita sendiri. Barulah kita tahu macam mana nak control. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Gituuuuu.. So antara sebab aku kena AD ni;

1. AKU RASA GENETIC


Haha suka hati aku je. No! Actually doktor yang cakap. Maybe genetic sebab mak aku pon selalu kena gangguan. Tapi biasalah orang kampung mana nak percaya sains ni. Sikit-sikit dia kata saka. Puas dah berubat sana sini tak jugak sembuh. So aku rasa dia ada Anxiety. hikhik.


2. GASTROESOPHAGEAL REFLUX DISEASE (GERD)



Yes. I was diagnosed with GERD stage 1 last year. Aku buat colonoscopy & OGDS! Oh ya..aku ade jugak join group GERD & Anxiety kt FB. Ramai tanya sakit ke buat scope? Jawapannya tak sakit langsung. Aku buat di KPJ. Hospital lain aku tak tahu la macam mana. Aku mintak full bius aritu sebab aku takot. Kalau ada AD tak takot buat treatment bukan orang AD la tu. Hahaha. Procedure tu sekejap je. Tak sampai setengah jam pon. Sedar-sedar dah ada kat bilik. Cuma lepas tu rasa pedih-pedih sikit la dalam perut. Sebab camera masuk dalam usus kan. Mesti ada luka-luka sikit. Cuma kena elakkan makan pedas, panas & berempah je untuk seminggu. Lepas tu bedal jela apa je. Sebagai penghidap GERD ni jugak sebenarnya banyak la makanan yang tak boleh makan. Jadi kita kena tahu apa yang badan kita tak boleh terima. 

Sebab apa? GERD sangat berkait rapat dengan Anxiety. Kalau kita salah makan je akan effect pada badan kita. Biasanya kita akan rasa macam tak puas nafas la, semput la, jantung laju la..then fikiran kita akan cepat je kreatif fikir itu ini. Sebab tu kita kena tahu punca badan kita jadi macam tu. Macam aku kalau tiba-tiba rasa macam tak puas bernafas, aku akan recall balik apa yang aku makan hari tu. Aku makan lambat ke atau aku salah makan ke. Then baru kita boleh control fikiran kita. "Oh tadi aku makan terung..patutlah" contohnya.. Dari situ kita kurang la rasa risau.


3. STRESS



Stress juga penyumbang utama pada terjadinya Anxiety. Percaya tak kadang-kadang kita rasa kita tak stress tapi sebenarnya kita stress. Stress yang macam ni agak bahaya sebab kita tak sedar pon kita stress. Tapi badan kita ni Allah cipta sebaik-baik kejadian. System dalam badan kita akan bagi reaction when something is not right. Itulah Anxiety Disorder! Jom kita panggil dia sebagai Reboot Function! Ikut la korang nak panggil apa pon. Asalkan korang faham yang otak kita, badan kita pon perlukan rehat dari segala macam masalah, stress sama ada kita sedar atau pon tak. Jadi Allah bagi Anxiety ni sebagai anugerah dan signal pada kita yang kita dah sampai satu limit, kita kena bawak bertenang,cool down, rileks. Kurangkan segala beban yang biasa kita bagi pada badan kita dulu. Contoh macam sebelum ni, Caffein is a must for me! So now.. I can no longer take caffein. Serve you right! Hahaha.. Atau sebelum ni aku suka beratkan fikiran dengan orang tu cakap pasal aku, orang ni tak suka..bla bla bla.. Deyyyyy...you don't live to please others. Get back to the track! Haaaa..cenggitu!


Que Sera, Sera. Whatever will be, will be. The future's not ours to see. Que Sera, Sera.. What will be, will be.. Korang penah dengar lagu ni? Haa pi tengok lirik dia. Aku suka lagu ni.


Ok la aku rasa tu je aku nak share harini. So far aku sooo good je. Alhamdulillah. Mungkin sebab aku dah tua dah masuk 3 series wehhhh..hmmm! So bila dah tua ni..usia agak mematangkan kita. Banyak benda yang aku belajar dan aku masih lagi belajar. Belajar dari anak-anak aku. Dari suami aku. Dari orang sekeliling aku. Don't stress yourself with thing you can't control. Serahkan pada Allah. Don't overthink about things beyond your limit. Just live your present tothe best you can. Bak kata omputih "Live your life to the fullest". Macam sekarang ni, kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan datangnya Covid-19 ni. Banyak perancangan aku tergendala tapi aku yakin perancangan Allah lebih baik. Ok la semua. Salam Ramadhan, selamat menjalani ibadah puasa. Assalamualaikum.




Thursday, June 7, 2018

Anxiety Disorder & My Road To Recovery

12:34 AM 4 Comments
Assalamualaikum Blog..

Salam 1 Ramadhan kepada semua muslimin muslimat. Alhamdulillah hari ini masih diberi nafas & kesempatan oleh Allah untuk terus hidup. Alhamdulillah masih diberi rezeki untuk meneruskan perjuangan sebagai khalifah di muka bumi Allah.

1st sekali sebelum aku cerita journey aku kearah recovery, aku nak berterima kasih kepada Allah kerana menemukan aku dengan blog Husnuzon LOA. Memberi aku sedikit sinar kearah penyembuhan. Alhamdulillah. Hamba Allah yang memperkenalkan dirinya sebagai Virgin Rose. Terima kasih kerana sudi membalas email aku. Alhamdulillah aku kini dalam proses penyembuhan. Alhamdulillah aku kini semakin hampir untuk sembuh. "Allah tak pilih kasi" itu kata Virgin Rose.

TIADA YANG SIA-SIA

Aku berpegang pada prinsip diatas. Tidaklah Allah menjadikan sesuatu perkara yang sia-sia dalam hidup kita. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Apakah Hikmah Allah Datangkan Dugaan, Cubaan Dan Ujian?.. Tentunya sebab Allah sayangkan kita. Berfikiran positif adalah paling penting disaat kita dilanda penyakit ini.

MUHASABAH DIRI

Apa kata kita muhasabah diri kita sekejap. Sebelum kena anxiety ni siapa kita,dimana kita & bagaimanakah kita? Adakah kita sebelum ni orang yang menjaga solat? Kalau kita solat, adakah kita faham bacaan dalam solat kita? Ada kita berzikir setiap pagi,petang mahupun malam tak sebelum ni? Ada tak dalam sehari kita mengaji? Kalau takde..jadi inilah masanya. Masa untuk kita berubah kearah yang lebih baik.


ROAD TO RECOVERY

Berbalik kepada tajuk asal. Anxiety Disorder & My Road To Recovery! Ini adalah perjalanan aku kearah proses kesembuhan setelah diserang AD untuk kali kedua selepas 4tahun yang lalu. Cerita macam mana aku kena AD balik boleh baca kat sini Anxiety Again! Ini cara aku untuk sembuh secara semulajadi tanpa ubatan & jumpa pakar. Mungkin sesuai untuk orang lain mungkin juga tidak.

1st sekali kenapa aku memilih untuk tidak makan ubat? Sebab aku percaya apa jua ubat yang diambil untuk tempoh masa yang lama pasti ada kesan sampingan pada badan kita. Sebab aku percaya juga ubat hanya bersifat sementara. Kesembuhan sebenar terletak pada diri kita. Masa 1st attack dulu aku penah dirujuk pada psikiatrik tapi aku tak berkesempatan untuk jumpa sebab masa tu Doktor tu sessional je kat siti. Sebulan sekali baru dia datang. Attack kali ke-2 ni doktor tak refer aku pada psikiatrik pon. Doktor cuma bagi aku ubat tido & ubat gastrik je. Kali ni aku sangat terbuka dengan apa yang aku rasa. Aku terbuka dengan kawan-kawan kat ofis, dengan bos aku, dengan doktor & mana2 orang yang aku rasa bukan geng "bawang merah" 

Ada yang macam tak percaya aku kena AD. Sebab aku ni jenis periang orangnya. Aku sangat aktif tak kira masa aku pregnant atau tak. Tak semua orang faham apa itu AD. Soalan aku biasanya "Kenapa saya asyik fikir pasal mati je, kenapa saya rasa takot bila fikir pasal mati".. Respond diorang sangat positif. "Baguslah awak fikir pasal mati. Itu bagus! Awak ada solat sunat? Ada baca Al-Quran?" ... Nampak tak?

Sebelum tu aku ade jumpa seorang doktor ni. Masa tu aku rasa tak keruan sangat. " Doktor..I need your help" Aku ceritakan apa yang aku rasa. Masa tu rasa sedih sangat sampai nangis depan doktor. Dia suruh aku amalkan baca Al-Mathurat setiap pagi. Dia juga tak sarankan aku jumpa psikiatrik sebab katanya bimbang jika kelak ada masalah dalam rumah tangga, bimbang kita kehilangan hak contoh macam hak penjagaan ke harta ke. Tapi ada juga orang yang cakap kat aku tak semestinya. Kalau kena refer pon mungkin pergi kt psikologist dulu. Dia banyak stage sebenarnya.

Ada seorang colleague kat ofis ni psycologist to be.. aku jumpa dia masa tu tengah down sangat rasa. Dia suruh tulis diari. Part of CBT technique sebenarnya. Aku tulislah sehari..kihkih. Sehari je mampu sebab baru je nak capai pen si kecik dua orang tu mulalah menempel. So..aku abaikan jela hasrat nak menulis diari. Akhirnya...aku terima email dari Virgin Rose. Dapatlah aku baca buku Paul David. At Last A Life. Masa aku baca buku ni aku actually dah 50% sembuh. Macam mana sembuh 50% tu? Sebab aku baca post Virgin Rose dan aku cuba amalkan. Payah tapi haruslah & wajiblah usaha untuk sembuh. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Cewahhhh...

Selain buku ni aku baca juga blog dia.. anxietynomoreuk.com
Itulah perjalanan aku kearah kesembuhan. Syukur alhamdulillah Allah permudahkan jalan aku. Syukur alhamdulillah juga AD ni memberi seribu rahmat & hikmah dalam hidup aku. AD... terpulang pada korang nak terima dia macam mana. Sembuh @ tidak kita yang menentukannya. keyword dia "Jangan putus asa dengan rahmat Allah"

Sekian.

Assalamualaikum..





Sunday, April 15, 2018

Anxiety Disorder Again!

11:43 PM 1 Comments
Assalamualaikum..

Dear blog..

Lama sudah aku tak berblogging. Ya dah 2tahun lebih. Since abang umur setahun. Sekarang abang dah 3tahun lebih. Dan sekarang juga abang dah ade adik.. Hehe. Adik pon dah masuk 9bulan dah sekarang. Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi. Diberi nyawa & rezeki memiliki anugerah terindah dari Allah.

Kehidupan aku selepas berkahwin dan mempunyai 2 orang anak dan juga sebagai seorang wanita yang bekerjaya..haha. kerjaya la sangat, kerani cabuk je pon.. kehidupan aku? sangat-sangat sibuk. Ya..menguruskan 2 orang anak bujang yang sangat mencabar. Ditambah pula kerjaya kerani aku tu..kerani HR. Memang sangat sibuk dengan pelbagai event yang tak pernah putus.

Hmmm..sibuk sangat dengan urusan dunia yg tak berkesudahan. Maka Allah sedarkan aku bahawa dunia ini hanya sementara. Akhirat yang kekal abadi itulah yang sepatutnya kita kejar & utamakan. Dan bermulalah lagi episod anxiety aku. Aku kenal hujung bulan Januari yang lepas. Masa tu aku tengah tidur. Tiba-tiba terjaga dari tidur dalam pukul 12 lebih macam tu, aku diserang panik dan ketakutan yang teramat sangat. Alhamdulillah masa tu husband aku ada kt sebelah. Terus kejutkan dia & minta dia hug. Lama-lama..alhamdulillah tertidur balik.

Lepas pada tu aku menjalani kehidupan macam biasa sambil fikiran aku masih menerawang dek serangan yang pertama. Aku sibuk dengan bermacam-macam event yang berlaku kat ofis. Tapi still, perasaan takot masih tak hilang.. sehinggalah dalam hujung bulan Februari. aku diserang anxiety dengan sangat terok. Aku takot. Aku asyik berfikir pasal mati. Even masa kat rumah, kat ofis, dimana sahaja setiap masa, fikiran aku hanya pada mati & kehidupan selepas mati. Aku mula rasa tertekan. Rumah aku biarkan tak berkemas. Aku tak masak. Aku banyak termenung. Aku banyak melakukan solat ganti, baca Al-quran. Kadang-kadang aku rasa, itu bukan diri aku yang sama.

Kemudian, aku jumpa Doktor pakar jantung sebelum husband bawak aku jumpa ustaz di darussyifa. Doktor buat segala test, ECG, blood test untuk check thyroid. Semua negatif. Masa dapat result aku rasa sedih, sebab aku tahu! Sah aku kena anxiety balik. Ya.. Anxiety yg aku tak suka dah datang balik. Doktor bagi ubat Stilnox & Ubat Gastrix. Ubat tidur tu aku makan sekali je. Taubat aku tak nak makan lagi. Ia tak membantu langsung. Hanya membuatkan kita tidur semata-mata. Tapi ingatan aku & ketakutan aku tak hilang. Then aku jumpa lagi doktor sebab diserang angin gastrik yang terok & jantung aku laju. Doktor bagi ubat gastik yang kuat sikit & ubat slowkan jantung. Tapi aku tak makan pon ubat jantung tu sebab aku baca side effect dia, buat aku seram.

Akhirnya husband bawak jumpa ustaz di Darussyifa Kuantan. Masa rawatan, aku sendawa dengan terok & hampir muntah. Balik tu aku rasa lega. Tapi the next day, aku diserang anxiety lagi. Masa tu dalam pukul 11malam. Husband aku kelam kabut mencari ustaz. Malam tu aku tido rumah mertua aku. Esoknya malam, abah panggil orang datang rumah untuk ubatkan aku. Aku diberi air ruqyah & kena mandi limau & ais selama tujuh hari berturut-turut. Tapi still perasaan tu masih lagi tak hilang. Kadang-kadang bila aku bangun aku rasa lain. Bila siang aku mengharapkan malam menjelma, bila malam aku mengharapkan siang menjelma. Dan begitulah kehidupan aku..

Apa yang aku dapat tentang Anxiety.. 1... ini adalah tanda Allah sayangkan aku. Allah nak sedarkan aku yang lena diulit kehidupan dunia. Allah nak aku betol-betol berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Maka Allah turunkan ujian sebesar zarah ni. Supaya aku sedar, dunia ini hanya sementara. Akhirat itu yang kekal selamanya. Banyak hikmah yang tersembunyi disebalik semua ini. Yang aku nampak..betapa besarnya kasih sayang Allah kepada hambanya. Apa yang penting, janganlah kita berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguh tidak ada yang sia-sia atas apa yang Allah berikan pada kita. Iman & jiwa aku lemah, maka Allah turunkan Anxiety ini supaya aku menjadi hamba-Nya kuat.

Yang ke-2, dalam kita nak berubah kearah kebaikan, pasti ada kesukaran. Memang kita akan diserang berkali-kali. Tapi sekali lagi jangan putus asa. Teruskan berusaha. Teruskan yakin dengan rahmat Allah. Teruskan memohon pertolongan dari Allah. Anggaplah itu semua bisikan syaitan durjana yang tak kan putus asa nak menyesatkan kita cucu cicit Nabi Adam.

Aku masih lagi tidak pulih.. masih lagi mencari ketenangan dan kelapangan dihati. InshaAllah..pasti ade hikmah yang lebih besar untuk aku & keluargaku.

Oh ya..post aku yang sebelum ni pasal anxiety ni boleh baca kt sini --->>> Anxiety Disorder.

Sekarang ni aku hanya perbanyakkan baca 3kul. Sebelum tido ambil wudhuk, baca Al-Fatihah, 3 Qul, Ayat Kursi, Doa Tido & Mengucap.

Lepas solat baca 3 Qul banyak. Ade seorang doktor ni cakap, kita kena faham apa yang kita baca. Barulah mujarab. Jadi seeloknya, hafal maksud sekali. InshaAllah semoga menjadi penawar. Selain itu, ada seorang ustaz ni ajar baca ayat kat bawah ni :


Baca 7 kali pagi & 7 kali malam. Amalkan. Dengan izin Allah. Harapnya menjadi penawar & memberi ketenangan.

Satu pesanan aku..don't read too much artikel pasal anxiety. Nanti otak kita tak dapat nak proses. Banyak sangat benda yang nak dipraktikkan sampai kita tak tahu apa yang patut kita buat. Then mulalah rasa lost. Again...jangan putus asa dengan rahmat Allah. Be positive. 

Ok...semoga yang menderita sakit seperti ini akan diberi kesembuhan & moga ia menjadi titik permulaan untuk kita mencapai syurga Allah. Amin. 


Thursday, June 26, 2014

Anxiety Disorder @ Gangguan Sihir @ Tanda Nak Mati??

7:02 PM 55 Comments
Assalamualaikum...

Dear blog, dah lama aku tak update blog. Sibuk. Tersangat sibuk. Itu saja yang boleh aku katakan. Ok back to main title. Apa itu Anxiety Disorder? Tak perlu aku hurai panjang maksud Anxiety Disorder. Boleh refer kat sini untuk maklumat lanjut ---->> Anxiety Disorder @ Rawatan Terbaik Untuk Pesakit Anxiety Disorder.

Aku kira aku salah seorang penghidap penyakit pelik ni. Walaupun aku belum jumpa Psychiatrist lagi tapi berdasarkan research yang aku buat, aku diagnoskan diri aku penghidap Anxiety Disorder. Itupun lepas aku disahkan bebas dari sebarang penyakit Thyroid. Hah! Teror kau boleh diagnos diri sendiri..macam doktor la pulak.


Sejujurnya rasa bimbang cemas dan takut akan kematian tu biasa aku lalui. Tapi tidak dalam tempoh masa yang lama & tidak sehingga terbawa-bawa ke tempat kerja & tidak sehingga mengganggu kehidupan seharian aku. Kali ni, aku dihantui rasa takut hampir setiap hari. Dan bila aku rasa begitu aku jadi panik hingga aku rasa malaikat maut seakan-akan ingin mengambil nyawa aku. Tak dapat digambarkan bagaimana cemas & takutnya aku. Walaupun berkali-kali orang menasihatkan, jangan difikirkan sangat. Sudah aku cuba untuk tolak jauh-jauh perasaan itu, sudah aku cuba mendekatkan diri dgn Allah, sudah aku cuba menjadi sepositif mungkin tapi ia tetap menghantui.

Aku muhasabah diri dan berfikir kembali sebab kenapa ia terjadi kerana aku yakin Allah tidak menjadikan sesuatu perkara untuk sia-sia. Aku yakin setiap sesuatu yang berlaku sama ada ia ujian atau balasan atas dosa-dosa kita. Aku cari sebab & punca ia berlaku. Puncanya sejak aku tinggal seorang diri di rumah, mungkin sebab rasa sunyi membuatkan aku sering berfikir yg bukan-bukan.

Itu dari segi logik akal. Secara Islamiknya pula kita sebagai umat Islam percaya bahawa dalam dunia ini ada makhluk lain selain manusia. Jadi bila aku rujuk pada beberapa blog, aku dipercayai terkena gangguan sihir @ saka dan perlukan rawatan perubatan Islam. Aku rujuk masalah aku pada ma & ayah di kampung. Seterusnya di bawa berjumpa Ustaz di kampung. Setelah dirawat dan disuruh mandi limau, perasaan aku semakin pulih tapi untuk seketika sahaja. Bersesuaian dgn satu blog yg aku baca, bila saja kita bersendirian, ia akan datang menyerang kembali. Akhirnya aku putuskan untuk tinggal bersama sepupuku. Alhamdulillah perasaan itu semakin pulih, rasa takut semakin hilang. Cuma penglihatan aku masih berbayang-bayang, kabur & terkadang rasa berpinar.

Sampai sekarang masih ada saki baki rasa takot itu. Membuat aku berfikir, adakah ini petunjuk Allah buat aku? Adakah kematian semakin menghampiri aku? Mungkinkah ini tanda kasih Allah buat aku supaya aku bersedia menghadapi alam berikutnya iaitu alam barzakh. Apapun ia aku cuba sedaya upaya untuk jadi hamba yg terbaik selagi hayat dikandung badan. Cuma aku harap diberi kesempatan untuk meninggalkan dunia dalam keadaan aku suci dari dosa. 

Wallahualam~

p/s : amalkan membaca surah Al-Mulk, inshaAllah dapat menjauhkan kita dari seksa kubur.