Follow Us @soratemplates

Showing posts with label jantung berdegup laju. Show all posts
Showing posts with label jantung berdegup laju. Show all posts

Thursday, June 7, 2018

Anxiety Disorder & My Road To Recovery

12:34 AM 4 Comments
Assalamualaikum Blog..

Salam 1 Ramadhan kepada semua muslimin muslimat. Alhamdulillah hari ini masih diberi nafas & kesempatan oleh Allah untuk terus hidup. Alhamdulillah masih diberi rezeki untuk meneruskan perjuangan sebagai khalifah di muka bumi Allah.

1st sekali sebelum aku cerita journey aku kearah recovery, aku nak berterima kasih kepada Allah kerana menemukan aku dengan blog Husnuzon LOA. Memberi aku sedikit sinar kearah penyembuhan. Alhamdulillah. Hamba Allah yang memperkenalkan dirinya sebagai Virgin Rose. Terima kasih kerana sudi membalas email aku. Alhamdulillah aku kini dalam proses penyembuhan. Alhamdulillah aku kini semakin hampir untuk sembuh. "Allah tak pilih kasi" itu kata Virgin Rose.

TIADA YANG SIA-SIA

Aku berpegang pada prinsip diatas. Tidaklah Allah menjadikan sesuatu perkara yang sia-sia dalam hidup kita. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Apakah Hikmah Allah Datangkan Dugaan, Cubaan Dan Ujian?.. Tentunya sebab Allah sayangkan kita. Berfikiran positif adalah paling penting disaat kita dilanda penyakit ini.

MUHASABAH DIRI

Apa kata kita muhasabah diri kita sekejap. Sebelum kena anxiety ni siapa kita,dimana kita & bagaimanakah kita? Adakah kita sebelum ni orang yang menjaga solat? Kalau kita solat, adakah kita faham bacaan dalam solat kita? Ada kita berzikir setiap pagi,petang mahupun malam tak sebelum ni? Ada tak dalam sehari kita mengaji? Kalau takde..jadi inilah masanya. Masa untuk kita berubah kearah yang lebih baik.


ROAD TO RECOVERY

Berbalik kepada tajuk asal. Anxiety Disorder & My Road To Recovery! Ini adalah perjalanan aku kearah proses kesembuhan setelah diserang AD untuk kali kedua selepas 4tahun yang lalu. Cerita macam mana aku kena AD balik boleh baca kat sini Anxiety Again! Ini cara aku untuk sembuh secara semulajadi tanpa ubatan & jumpa pakar. Mungkin sesuai untuk orang lain mungkin juga tidak.

1st sekali kenapa aku memilih untuk tidak makan ubat? Sebab aku percaya apa jua ubat yang diambil untuk tempoh masa yang lama pasti ada kesan sampingan pada badan kita. Sebab aku percaya juga ubat hanya bersifat sementara. Kesembuhan sebenar terletak pada diri kita. Masa 1st attack dulu aku penah dirujuk pada psikiatrik tapi aku tak berkesempatan untuk jumpa sebab masa tu Doktor tu sessional je kat siti. Sebulan sekali baru dia datang. Attack kali ke-2 ni doktor tak refer aku pada psikiatrik pon. Doktor cuma bagi aku ubat tido & ubat gastrik je. Kali ni aku sangat terbuka dengan apa yang aku rasa. Aku terbuka dengan kawan-kawan kat ofis, dengan bos aku, dengan doktor & mana2 orang yang aku rasa bukan geng "bawang merah" 

Ada yang macam tak percaya aku kena AD. Sebab aku ni jenis periang orangnya. Aku sangat aktif tak kira masa aku pregnant atau tak. Tak semua orang faham apa itu AD. Soalan aku biasanya "Kenapa saya asyik fikir pasal mati je, kenapa saya rasa takot bila fikir pasal mati".. Respond diorang sangat positif. "Baguslah awak fikir pasal mati. Itu bagus! Awak ada solat sunat? Ada baca Al-Quran?" ... Nampak tak?

Sebelum tu aku ade jumpa seorang doktor ni. Masa tu aku rasa tak keruan sangat. " Doktor..I need your help" Aku ceritakan apa yang aku rasa. Masa tu rasa sedih sangat sampai nangis depan doktor. Dia suruh aku amalkan baca Al-Mathurat setiap pagi. Dia juga tak sarankan aku jumpa psikiatrik sebab katanya bimbang jika kelak ada masalah dalam rumah tangga, bimbang kita kehilangan hak contoh macam hak penjagaan ke harta ke. Tapi ada juga orang yang cakap kat aku tak semestinya. Kalau kena refer pon mungkin pergi kt psikologist dulu. Dia banyak stage sebenarnya.

Ada seorang colleague kat ofis ni psycologist to be.. aku jumpa dia masa tu tengah down sangat rasa. Dia suruh tulis diari. Part of CBT technique sebenarnya. Aku tulislah sehari..kihkih. Sehari je mampu sebab baru je nak capai pen si kecik dua orang tu mulalah menempel. So..aku abaikan jela hasrat nak menulis diari. Akhirnya...aku terima email dari Virgin Rose. Dapatlah aku baca buku Paul David. At Last A Life. Masa aku baca buku ni aku actually dah 50% sembuh. Macam mana sembuh 50% tu? Sebab aku baca post Virgin Rose dan aku cuba amalkan. Payah tapi haruslah & wajiblah usaha untuk sembuh. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Cewahhhh...

Selain buku ni aku baca juga blog dia.. anxietynomoreuk.com
Itulah perjalanan aku kearah kesembuhan. Syukur alhamdulillah Allah permudahkan jalan aku. Syukur alhamdulillah juga AD ni memberi seribu rahmat & hikmah dalam hidup aku. AD... terpulang pada korang nak terima dia macam mana. Sembuh @ tidak kita yang menentukannya. keyword dia "Jangan putus asa dengan rahmat Allah"

Sekian.

Assalamualaikum..





Sunday, April 15, 2018

Anxiety Disorder Again!

11:43 PM 1 Comments
Assalamualaikum..

Dear blog..

Lama sudah aku tak berblogging. Ya dah 2tahun lebih. Since abang umur setahun. Sekarang abang dah 3tahun lebih. Dan sekarang juga abang dah ade adik.. Hehe. Adik pon dah masuk 9bulan dah sekarang. Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi. Diberi nyawa & rezeki memiliki anugerah terindah dari Allah.

Kehidupan aku selepas berkahwin dan mempunyai 2 orang anak dan juga sebagai seorang wanita yang bekerjaya..haha. kerjaya la sangat, kerani cabuk je pon.. kehidupan aku? sangat-sangat sibuk. Ya..menguruskan 2 orang anak bujang yang sangat mencabar. Ditambah pula kerjaya kerani aku tu..kerani HR. Memang sangat sibuk dengan pelbagai event yang tak pernah putus.

Hmmm..sibuk sangat dengan urusan dunia yg tak berkesudahan. Maka Allah sedarkan aku bahawa dunia ini hanya sementara. Akhirat yang kekal abadi itulah yang sepatutnya kita kejar & utamakan. Dan bermulalah lagi episod anxiety aku. Aku kenal hujung bulan Januari yang lepas. Masa tu aku tengah tidur. Tiba-tiba terjaga dari tidur dalam pukul 12 lebih macam tu, aku diserang panik dan ketakutan yang teramat sangat. Alhamdulillah masa tu husband aku ada kt sebelah. Terus kejutkan dia & minta dia hug. Lama-lama..alhamdulillah tertidur balik.

Lepas pada tu aku menjalani kehidupan macam biasa sambil fikiran aku masih menerawang dek serangan yang pertama. Aku sibuk dengan bermacam-macam event yang berlaku kat ofis. Tapi still, perasaan takot masih tak hilang.. sehinggalah dalam hujung bulan Februari. aku diserang anxiety dengan sangat terok. Aku takot. Aku asyik berfikir pasal mati. Even masa kat rumah, kat ofis, dimana sahaja setiap masa, fikiran aku hanya pada mati & kehidupan selepas mati. Aku mula rasa tertekan. Rumah aku biarkan tak berkemas. Aku tak masak. Aku banyak termenung. Aku banyak melakukan solat ganti, baca Al-quran. Kadang-kadang aku rasa, itu bukan diri aku yang sama.

Kemudian, aku jumpa Doktor pakar jantung sebelum husband bawak aku jumpa ustaz di darussyifa. Doktor buat segala test, ECG, blood test untuk check thyroid. Semua negatif. Masa dapat result aku rasa sedih, sebab aku tahu! Sah aku kena anxiety balik. Ya.. Anxiety yg aku tak suka dah datang balik. Doktor bagi ubat Stilnox & Ubat Gastrix. Ubat tidur tu aku makan sekali je. Taubat aku tak nak makan lagi. Ia tak membantu langsung. Hanya membuatkan kita tidur semata-mata. Tapi ingatan aku & ketakutan aku tak hilang. Then aku jumpa lagi doktor sebab diserang angin gastrik yang terok & jantung aku laju. Doktor bagi ubat gastik yang kuat sikit & ubat slowkan jantung. Tapi aku tak makan pon ubat jantung tu sebab aku baca side effect dia, buat aku seram.

Akhirnya husband bawak jumpa ustaz di Darussyifa Kuantan. Masa rawatan, aku sendawa dengan terok & hampir muntah. Balik tu aku rasa lega. Tapi the next day, aku diserang anxiety lagi. Masa tu dalam pukul 11malam. Husband aku kelam kabut mencari ustaz. Malam tu aku tido rumah mertua aku. Esoknya malam, abah panggil orang datang rumah untuk ubatkan aku. Aku diberi air ruqyah & kena mandi limau & ais selama tujuh hari berturut-turut. Tapi still perasaan tu masih lagi tak hilang. Kadang-kadang bila aku bangun aku rasa lain. Bila siang aku mengharapkan malam menjelma, bila malam aku mengharapkan siang menjelma. Dan begitulah kehidupan aku..

Apa yang aku dapat tentang Anxiety.. 1... ini adalah tanda Allah sayangkan aku. Allah nak sedarkan aku yang lena diulit kehidupan dunia. Allah nak aku betol-betol berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Maka Allah turunkan ujian sebesar zarah ni. Supaya aku sedar, dunia ini hanya sementara. Akhirat itu yang kekal selamanya. Banyak hikmah yang tersembunyi disebalik semua ini. Yang aku nampak..betapa besarnya kasih sayang Allah kepada hambanya. Apa yang penting, janganlah kita berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguh tidak ada yang sia-sia atas apa yang Allah berikan pada kita. Iman & jiwa aku lemah, maka Allah turunkan Anxiety ini supaya aku menjadi hamba-Nya kuat.

Yang ke-2, dalam kita nak berubah kearah kebaikan, pasti ada kesukaran. Memang kita akan diserang berkali-kali. Tapi sekali lagi jangan putus asa. Teruskan berusaha. Teruskan yakin dengan rahmat Allah. Teruskan memohon pertolongan dari Allah. Anggaplah itu semua bisikan syaitan durjana yang tak kan putus asa nak menyesatkan kita cucu cicit Nabi Adam.

Aku masih lagi tidak pulih.. masih lagi mencari ketenangan dan kelapangan dihati. InshaAllah..pasti ade hikmah yang lebih besar untuk aku & keluargaku.

Oh ya..post aku yang sebelum ni pasal anxiety ni boleh baca kt sini --->>> Anxiety Disorder.

Sekarang ni aku hanya perbanyakkan baca 3kul. Sebelum tido ambil wudhuk, baca Al-Fatihah, 3 Qul, Ayat Kursi, Doa Tido & Mengucap.

Lepas solat baca 3 Qul banyak. Ade seorang doktor ni cakap, kita kena faham apa yang kita baca. Barulah mujarab. Jadi seeloknya, hafal maksud sekali. InshaAllah semoga menjadi penawar. Selain itu, ada seorang ustaz ni ajar baca ayat kat bawah ni :


Baca 7 kali pagi & 7 kali malam. Amalkan. Dengan izin Allah. Harapnya menjadi penawar & memberi ketenangan.

Satu pesanan aku..don't read too much artikel pasal anxiety. Nanti otak kita tak dapat nak proses. Banyak sangat benda yang nak dipraktikkan sampai kita tak tahu apa yang patut kita buat. Then mulalah rasa lost. Again...jangan putus asa dengan rahmat Allah. Be positive. 

Ok...semoga yang menderita sakit seperti ini akan diberi kesembuhan & moga ia menjadi titik permulaan untuk kita mencapai syurga Allah. Amin. 


Friday, April 1, 2016

Supraventricular Tachycardia

6:02 PM 0 Comments
Assalamualaikum & Good Morning!

Hari ni aku nak kongsikan berkenaan tajuk di atas. Apa itu Supraventricular Tachycardia? Kenapa aku nak kongsikan tentang penyakit ni? Alkisahnya, one of my colleague suddenly being admitted in ICU recently. As a HR team, we have to know the diagnosis to fill up the form for them. She was admitted in ICU for 1 day and then transferred to normal ward for 1 day also.

At first, bila kami tanya ward, apa diagnosis dia. Diorang cakap SVT. Hah?? Ape kebendanya SVT tu? Of course la aku tak tahu. Aku bukan orang medic. Then, bila dia dah mula bekerja, we all ask her what happened actually. Then she tell us the story.

Awal pagi tu masa tengah siap-siap nak pergi kerja, dia tiba-tiba rasa jantung dia berdegup sangat laju. Jadi, dia pon baring sekejap. Tak panik sebab dia nurse. Lepas baring tu masih tak lega. Jadi dia pon bersiap-siap la jugak. Hantar anak pegi sekolah dan drive la pegi keje. Masa dalam perjalanan tu dia rasa stereng kereta bergegar. Bila dah sampai dia terus pegi ke bahagian kecemasan. Bila nurse & medical officer check heartbeat dia masa tu, memang sangat laju. Then doktor terus siap-siapkan dia untuk transfer to ICU.

What will happen if I feel this kind of thing? Of course la aku akan diagnos diri aku sebagai Anxiety Disorder. Hahaha. Suka hati aku je jadi doktor sendiri. Sebelum ni mungkin aku juga mengalami SVT ni tapi bukan AD. Sebab everytime aku rasa heart beat aku laju tu, aku tak penah on the spot pegi hospital to get treatment. Makanya, tak tahu la diagnosis sebenar. Aku pegi hospital biasa after dah ok sikit. Nak tahu penjelasan lanjut mengevai SVT ni? Baca kat bawah ya..